Batu 12, Gombak..

Batu 12, Gombak..
monnie..

Thursday, 29 December 2011

cara uruskan uri bayi..~

assalamualaikum..

mungkin ada yang tak tau macam mana nak uruskan uri baby masing-masing..tau-tau azan anak, pastu minta bapak atau bapak mertua uruskan uri anak..kan baik kalau kaum-kaum bapa dapat uruskan sendiri uri anak-anak kamu..pandai buat, pandai tanggungjawab la kan? tanggungjawab kamu sebagai bapa bermula di sini..

silap urus uri anak, banyak tak baiknya..anak senang dapat sakitla, menangis tak henti la..tapi itu pesan orang tua-tua la..dari saintifiknya saya kurang maklum pulak..lagi satu, uri ni sangat penting sebab die la yang menyalurkan makanan kepada anak kamu sepanjang die berada dalam kandungan..setengah orang panggil uri ni kembar kepada anak-anak kita..so disebabkan saya sendiri pun bakal menimang anak tak lama lagi, info ni untuk tatapan suami saya juga..

silakan baca....

1.   Mulakan setiap perbuatan dengan bacaan bismillah

2.   Basuh uri dengan bersih sebersihnya sehingga takde darah melekat menggunakan air mengalir..air paip ke, sungai ke..make sure darah dari uri tu mengalir ke tempat yang betul..takut mengundang binatang..

3.   Bilas basuhan tadi dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir..ambil la dari dapur..janganla beli air asam jawa yang sedia diminum tu..caranya ramas seketul asam jawa (agak-agak besar 2 ubi jari kamu) dalam air..ramas sampai air die keluar..

4.   Letakkan uri yang dah bersih tadi di atas kain kapas putih yang bersih..ala-ala macam nak kapankan jenazah..

5.   Taburkan garam kasar sedikit dan juga beberapa keping asam keping atas uri tadi..

6.   Bungkus uri tu dan ikat dengan ketat dan kemas..

7.   Gali lubang agak-agak sedalam satu kaki dan muat-muat untuk kamu kambus uri tu..lubang perlu mengadap kiblat..

8.   Alas lubang tadi dengan papan atau tempurung (apa sahaja bahan mudah reput)..

9.   Timbus dan ratakan kejap..dan akhiri proses tadi dengan bacaan surah al fatihah, an-nas, al falaq, dan al ikhlas serta doa supaya anak kamu dilindungi daripada sebarang gangguan dan penyakit..

p/s:
ayah saya pernah bagitau, semua uri anak-anak dia (adik beradik saya la tu) ditanam dikawasan masjid atau surau..nak dapat berkat katanya..diiringai doa supaya anak-anak die jadi anak yang soleh dan solehah..insyaallah..sekadar tips orang tua-tua..

No comments:

Post a Comment